| |
MINERAL
Kepentingan Mineral
Permasalahan Deplesi Tanah
Dua faktor yang menjadikan Trace Mineral Drops unik dan bermanfaat
Pergunungan Bertemu Gurun-Satu Keajaiban Terjadi
Concentrace Trace Mineral Drops (TM-1)Titisan Untuk Kehidupan Anda
Testimoni
NEWS Berita Harian
Harakah
The Star
Harian Metro
New Straits Times
Utusan Malaysia
TRAVEL
KTM BHD
AirAsia
MAS
Bus
VACATION
VISIT Malaysia
Experience Malaysia
Cuti Cuti MALAYSIA
|
|
|
CONCENTRACE TRACE MINERAL DROPS (TM-1) -
TITISAN UNTUK KEHIDUPAN ANDA
Apa Kesan Sampingannya? Bolehkah Mengamalkan TM-1 Dalam Jumlah Yang
Banyak?
Jika Anda belum biasa mengambil supplemen makanan yang berspektrum penuh
dan badan mudah peka/sensitif kepada supplemen, sebaiknya Anda memulakan minum TM-1 secara
berperingkat. Tidak seperti vitamin yang boleh bertambah peningkatan racun dalam tubuh Anda,
trace mineral tidaklah berbahaya. Semua mineral adalah dalam bentuk semulajadi
dan boleh digunakan oleh tubuh tanpa risiko pertambahan racun. Hanya satu tindakbalas yang
mungkin terjadi selepas pengambilan TM-1 yang banyak, iaitu kerap membuang air kecil selama
sehari atau dua hari. Tubuh akan menyerap apa yang diperlukan dan membuang yang tidak perlu.
Mesti diingati, minumlah banyak air, 8-10 gelas minima setiap hari.
Berapa
Lama Anda Akan MerasaKan Manfaatnya? Bolehkah Produk Ini Memberikan Membantu Menyembuhkan
Penyakit Tertentu?
Ini merupakan soalan yang sukar untuk di jawab secara tepat. Tubuh setiap
orang begitu berbeza dengan kekurangan trace mineral yang berlainan. Bahkan, TM-1
tidak begitu luar biasa bagi seseorang yang pertama kali meminumnya untuk mengetahui manfaat
dengan beberapa titisan pertama saja. Manfaat awal yang sering orang ceritakan adalah
peningkatan tenaga, dan ramai yang mengalami manfaat besar setelah mengamalkannya berterusan.
Berkenaan dengan penyembuhan pada penyakit-penyakit tertentu, perundangan negara tidak
mengizinkan sebarang tuntutan ke atas produk kesihatan. Adalah menjadi falsafah MRI bahawa
tubuhlah yang dapat menyembuhkan - namun hanya dapat dlakukan ketika keperluan asas nutrien
dipenuhi. 'Berikan tubuh Anda nutrien yang diperlukan dan pemulihan tubuh
akan terjadi dengan sendirinya'.
Ini merupakan falsafah pada TM-1. Kami tidak menyembuhkan tubuh, namun kami menggunakan
kebaikan alam untuk membantu tubuh memulihkannya sendiri. Cuba dan rasakan BEZANYA!
Apakah Tindakbalas Yang Akan Saya Alami Jika Saya Juga Dalam Rawatan Perubatan Lain?
TM-1 hanya mengandungi mineral ionik semulajadi yang tidak akan mengganggu pengambilan
supplemen atau program perubatan lain. Sebaliknya TM-1 membantu penyerapan makanan, perubatan
moden atau tradisional untuk bekerja lebih cepat dn efisien. Mereka yang dalam rawatan
perubatan sebaiknya tidak menghentikan perubatan semasa mengambil TM-1 kerana TM-1 merupakan
supplemen makanan, bukan ubat. Saranan Penggunaan: 20 hingga 40 titis sehari, dititiskan dalam
jus atau makanan, diikuti dengan jus atau air. Sebaiknya setitis untuk setiap berat badan 2
kilogram (daripada kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas sehingga orang dewasa). Ia menyedapkan
rasa air RO (reverse osmosis) menyahion atau air suling. Tambahkan 20-40 titis setiap gelen air
untuk mendapatkan rasa air mineral yang mahal.
Mineral Resources
International.
Cipta Sumber Pendapatan kedua Anda dengan menjadi Pengguna Bijak!
Program Pengguna Bijak | Kongsi Jaya | BELI TRACE MINERAL
|
Kuasa Forex
ALAN © copyrighted 2006-2008
|
|